Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Khalwat?

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dilaporkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Khamis.

Kes khalwat?

Memetik laporan Harian Metro, sumber memaklumkan bahawa aktor dan aktres kontroversi itu dilihat berada di mahkamah tersebut selama tiga jam iaitu dari jam 8.40 pagi hingga jam 11.50 pagi.

Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku pada 9 Mac lalu.

Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Dalam masa yang sama, sumber terdekat kepada Juara Gegar Vaganza musim ke 8 tersebut berkata, kedua-dua pelakon itu ke mahkamah bukan kerana pendakwaan kes tetapi ianya berkaitan kes khalwat.

Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka.

Sementara itu, difahamkan prosiding kes khalwat tersebut juga akan berlangsung pada 3 Julai ini di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*