Pelakon Redza Rosli Kini Milik Bella Hanna Dengan Sekali Lafaz

Pelakon Redza Rosli dilaporkan selamat bergelar suami orang kepada aktres dan juga hos program HLive iaitu Bella Hanna sebentar tadi.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sekitar ham 4.05 petang tadi bertempat di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur.

Redza dan Bella dinikahkan bapa kepada penganti perempuan dan disaksikan jurunikah Penolong Pendaftaran Perkahwinan Ustaz Mohamad Mustaqim Sarmuji berserta dua orang saksi.

 

Tampil cantik dan segak dengan busana putih bersih keduanya, majlis yang diraikan secara sederhana namun bermakna itu difahamkan telah dihadiri 300 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, kenalan dan juga rakan selebritit.

Antara yang dilihat hadir memeriahkan majlis adalah Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Erysha Emyra, Adam Lee serta Datin Elvina Mohamad.

Redza menyerahkan mas kahwin RM3,00 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Untuk wang hantaran, pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlahnya.

Sekadar info, Redza dan Bella pernah bergandingan bersama dalam satu drama berjudul Luruhnya Bunga Cinta.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*