[VIDEO] Ameera Khan Nyanyi Lagu Agnez Monica, Buatkan Ramai Terhibur!-“Cawan Atas Meja Tu Pun Ikut Gelak”

Siapa yang tidak kenal dengan adik kepada usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai LMK (Little Miss Khan). Ameera Khan kini banyak menghabiskan masa dengan pekerjaannya sebagai pempengaruh sosial media.

Terdahulu hangat diperkatakan bahawa Ameera Khan membeli seekor kuda kerana semakin gemar menunggang kuda serta untuk membuktikan kepada ayahnya bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan boleh memelihara kuda tersebut.

“Masing-Masing Gelak, Sampai Bergoyang Cawan Atas Meja”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rosix Omar yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 68 ribu, tanda suka sebanyak 3,653 dan sebanyak 20 komen.

 

Di dalam video berkenaan, memaparkan Rosix Omar yang menunjukkan Ameera Khan sedang mencuba untuk menyanyi lagu ‘Matahariku’ dari Agnez Monica, namun dia terlupa lirik.

 

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa ketawa Rosix sangat kuat sehinggakan cawan yang berada di atas meja turut bergoyang sama. Tambah mereka lagi, mereka suka melihat hubungan yang erat dari Rosix dengan keluarga Ameera Khan itu sehinggakan ketawa mereka hampir sama.

Apa-apa pun, itu hanyalah hiburan semata mata.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*