(VIDEO) Bonda rozita dan Yatie Kamarzaman mendapat perhatian ramai sedap bacaan Alunan Al-Quran

Siapa yang tidak kenal dengan Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Bonda Rozita Ibrahim. Bonda Rozita terkenal dengan jamu-jamunya yang berasaskan dari bahan semulajadi. Dengan minatnya itu, dia  mengubah nasib keluarganya sehingga menjadi salah satu keluarga usahawan yang berjaya di Malaysia.

Selain itu, anaknya Noor Hayati dan AlifF Syukri juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan. Datuk Seri Aliff Syukri terkenal kerana sering memuat naik video yang kadangkala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.

“Sedapnya Suara Kak Yatie, Macam Qariah Tarannum”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial milik @dherbs.official yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 58 ribu, tanda suka sebanyak 1,931 dan sebanyak 30 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Bonda Rozita bersama anak perempuan sulungnya iaitu Yatie Kamarzaman yang sedang mengalunkan ayat suci Al-quran dengan sungguh merdu.

 

https://www.tiktok.com/@dherbs.official/video/7382066096922234129

 

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa tidak sangka Bonda Rozita dan Yatie Kamarzaman sangat pandai membaca Al-Quran dengan begitu sedap untuk didengari.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*