Nama pelakon, Nora Danish menjadi bualan ramai selepas sah bercerai dengan Nedim Nazri setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga pada 19 Jun lalu.
Terkini, pelakon ini tampil bersuara menerusi hantaran di Insta Stories, setelah tular banyak dakwaan tidak benar mengenai dirinya lebih-lebih lagi bekas suaminya kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Tulis Nora, dia memohon orang ramai untuk memberikan ruang buatnya serta ahli keluarga untuk untuk bertenang selepas pelbagai berita tidak sahih mengenainya telah tersebar di media sosial.
“Lately pelbagai berita yang tidak sahih tentang Nora menjadi tatapan umum. Harap dapat memberi ruangan untuk Nora dan keluarga bernafas.
Terima kasih kerana keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik.”-tulis Nora di Instagram
“Diharap Janganlah Sebarkan Berita Yang Tidak Betul…”
Tambahnya lagi, dia turut meminta segelintir pihak untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar mengenainya sehingga menimbulkan fitnah.
“Pada yang segelintir tu, diharap janganlah sebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah okay?.”-tambahnya lagi
Sekadar info, Nora Danish dan Nedim Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 sebelum berpisah pada 2008. Nora dan Jejai juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Putra Rayqal
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instagram
Leave a Reply