Tahniah! Sean Lee Akhirnya Tamat Zaman Bujang

Pelakon dan pengacara, Sean Lee akhirnya menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan, hari ini. Tahniah!

Tahniah!

 

Menerusi posting di Instagram, Sean Lee dilihat berkongsi beberapa foto dia mengenakan busana pengantin. Bukan itu sahaja, Sean turut meletakkan kapsyen ‘yes & amen’ serta ‘too cute to gatekeep’ di posting berkenaan. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! wanita yang berjaya menambat hati Sean dikenali sebagai Bay.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah buat Sean.

Sebelum ini, Sean Lee mengakui ada perancangan menamatkan zaman bujang dalam usia muda, namun perlu menyelesaikan banyak perkara terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Sean memilih untuk merahsiakan mengenai status dirinya dan membiarkan peminat tahu sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Sean

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*