Tak sangka tular, peniaga durian tiada niat tunjuk badan – “Tahun lepas kami kurus kering”

Tular di media sosial satu video memaparkan beberapa orang lelaki yang merupakan peniaga durian tidak berbaju sedang menjual buah itu sehingga menarik lebih banyak pelanggan ke gerai mereka.

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang peniaga yang bernama Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady berkata dia bukan sengaja tidak berbaju dan menayangkan badannya dengan niat mahu tular atau menarik leboh ramai pelanggan.

Peniaga durian tiada niat tunjuk badan

https://www.tiktok.com/@durianpapamuda/video/7379439232873401607

 

 

Bagaimanapun, Irfan berkata video tersebut dirakam lalu dimuat naik ketika dia sedang sibuk menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba di gerai.

“Waktu itu tengah hari dan buah baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal. Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk konten di TikTok.
“Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja,” katanya ketika ditemui di tapak niaganya yang terletak di Kampung Dato, Abu Bakar Baginda, di sini.

Sementara itu, sepupunya Muhamad Amirul Zaihan Osman berkata itu merupakan tahun kedua mereka menjual durian dan perniagaan itu dijalankan bersama ahli keluarganya.

Menurut Muhamad Amirul Zaihan, sambutan tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu malah pengaruh video tular di TikTok diakui menarik kedatangan pelanggan ke gerainya.

“Kami berlima dan mereka yang lain adalah sepupu saya, kiranya ini adalah perniagaan keluarga. Ikutkan tahun lalu pun berniaga durian cuma mungkin tak tular ketika itu.
“Lagipun, tahun lalu kami badan kami semua kurus kering, baru tahun ini buat badan (ada bentuk badan) selepas aktif semula ke gimnasium selepas lama tinggalkan.
“Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*