Sebelum ini, usahawan Datuk Red memaklumkan yang tempoh idah bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim sudah pun tamat.
Terbaru! Menurut laporan mStar, usahawan itu memaklumkan pula yang tempoh idah bekas isteri keduanya, Adira Suhaimi juga telah tamat selepas mereka bercerai pada 24 April lepas.
Datuk Red memaklumkan perkara itu menerusi IG Story milikya kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah terhadap bekas isterinya itu dan mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana sudi menjadi isterinya sebelum ini.
Assalamualaikum semua, saya ingin bercakap di sini supaya tidak timbul fitnah nanti. Hari ini juga hari terakhir tempoh idah saya bersama Adira.
Inilah dugaan saya. Tiga bulan lepas saya diduga dengan kehilangan kedua-dua isteri dan hari ini dan semalam (Ahad) diuji lagi dengan tamatnya tempoh idah bagi kedua isteri saya.
Tapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada Adira kerana sudi jadi isteri saya.
Tapi kalau korang tengok hantaran itu, Datuk Red masih memanggil Adira sayang dan mengakui bekas isterinya itu menjadi asbab untuk dia mencari rezeki setelah dikenali ramai.
Saya doakan dia supaya murah rezeki, sihat dan panjang umur. Sebenarnya Adira adalah asbab diri saya dikenali, dapat juga saya berniaga di TikTok.
Kalau saya tak kahwin dengan Adira, orang takkan kenal saya. Terima kasih banyak-banyak.
Banyaklah jasa dia kepada saya. Hidup perlu diteruskan. Semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya insya-Allah. Saya sentiasa ada.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Tiktok
Leave a Reply