“Dia Hina, Mengata Saya Di Media Sosial, Jangan Tanya Mana Dia” – Zara Zya Dedah Sikap Sebenar, Enggan Dikaitkan Dengan Bapa

Pelakon Zara Zya mendedahkan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapa kandungnya selama ini.

Ujar Zara menerusi satu hantaran di thread, bapa kandungnya sering melemparkan cacian dan hinaan terhadap dirinya.

 

Tolong jangan buli dan suka cakap saya bukan-bukan. Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat.

Hina, mengata saya di media sosial. Itu atas talian, secara ‘offline’? Semestinya lebih rancak. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya.

Tambahnya lagi, dia juga sudah mengumpul bukti jika dia perlu menggunakannya nanti.

 

Pelakon itu juga berkata hubungannya bersama rakan-rakan sudah tidak seakrab dulu dan masin-masing mula menjauhkan diri.

 

Saya ini jujur, tak fake. Orang tak suka berkawan dengan saya sebab diri ini membosankan. Jangan tanya mana kawan-kawan saya.

Saya tak ada kawan dan kalau dulu ada yang rapat, sekarang tidak lagi. Semua pun sudah ada haluan sendiri. Makin menyepi.

Zara sebelum ini mendedahkan dirinya kini sedang berjuang dengan penyakit misteri.

Saya berjuang dengan penyakit misteri, saya juga berjuang dengan penyakit yang memerlukan rawatan hospital.

Saya ada anxiety, saya ambivert, saya buat bisnes semua tak menjadi, saya tak ada kawan, saya juga nak berkahwin tetapi masih belum sampai waktu.

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar dirinya terus kuat dan dipermudahkan urusan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*