Seorang gadis yang suka berdandan pergi ke kelas dikutuk jual ayam goreng di tepi jalan walaupun ia melakukan kerja yang halal.
Komen negatif netizen
Pengguna TikTok dikenali sebagai rinadg4f telah berkongsi tangkapan layar menunjukan komen daripada netizen yang memperlekehkannya menjual ayam goreng susulan melihat penampilan cantik sewaktu berada di universiti.
@rinadg4f bersyukur walaupun berniaga ayam since sekolah rendah smpai degree ni, ulang alik dari uitm balik rumah untuk tolong family, mybe awak takrasa apa yang saya rasa, awak nampak yang saya post melawa je kan tp awak tkthu apa yg saya lalui 😇, untuk awak yang ckp tu terima kasih la ye cakap mcm tu semoga awak maju jaya dari penjual ayam ni 😇🥰
Dikutuk jual ayam goreng sebab suka melawa je
Menerusi perkongsian tersebut, gadis berkenaan menyatakan yang dia sudah menjual ayam sejak di bangku sekolah rendah lagi dan langsung tidak pernah malu kerana membantu ibu bapa melakukan kerja yang halal.
Dia yang sememangnya cukup menjaga penampilan sewaktu menghadiri kelas di universiti akui pelik mengapa ada yang mempersoalkan penampilannya kerana rakan-rakan yang lain turut sama bergaya sewaktu ke tempat belajar.
Dikutuk jual ayam goreng, gadis tak malu pun buat kerja halal
Ujarnya lagi, jika tiada benda baik untuk diperkatakan, lebih elok tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati orang lain kerana setiap insan mempunyai cabaran mereka sendiri.
ADVERTISEMENT
Dia juga mendoakan supaya individu yang menghinanya terus maju jaya daripada penjual ayam goreng sepertinya.
Jangan layan sis, terus maju jaya!
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memberi sokongan kepada gaids berkenaan kerana tidak pernah malu dengan apa yang dilakukan.
Mereka juga meminta agar gadis terbabit tidak melayani komen-komen negatif seperti itu kerana apa yang lebih penting adalah usahanya dalam mencari rezeki halal lebih-lebih lagi buat keluarga.
Jual ayam goreng kecam, jual slot tak pulak
Janji cantik, cemburu la tu
Meerqeen pun komen ok!
Video yang sudah ditonton lebih dua juta viewers ini cukup menginspirasikan kerana dalam sibuk menuntut ilmu, gadis berkenaan tidak lupa untuk mencurah bakti kepada ibu bapa.
Dia juga membuktikan bahawa wanita cantik dan menjaga penampilan pandai mencari duit sendiri tanpa perlu mengharapkan orang lain.
Syabas!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: TikTok rinadg4f
Leave a Reply