Serba tak kena, punca Neelofa malas buat konten masak2 -“Semua terpaling betul”

Selebriti, Neelofa malas buat konten masak-masak disebabkan tindakan sesetengah pihak terutamanya, ‘mak cik onion’ yang asyik melihat tindakannya serba tak kena.

Semua nak dipertikaikan

Mana tidaknya, menerusi konten memasak yang dimuat naik ke ke media sosial, pelbagai komen daripada netizen yang seolah-olah mempertikaikan bahan yang digunakan selebriti itu untuk hidangan anaknya.

 

Neelofa malas buat konten masak2, mak cik onion asyik nak komen

Menerusi hantaran di Insta Story, Neelofa menyatakan rasa kesal apabila pelbagai pertikaian dibuat tentang masakannya lebih-lebih lagi dengan mengaitkan anak keduanya, Abdullah Abbas yang berusia satu tahun lebih.

 

“Baru je post video masak-masak ni. Macam-macam komen pasal madulah, maple syrup lah, butter banyak lah, anak below 1 year old tak boleh bla3 (Abbas dah setahun lebih)…” tuisnya.

 

 

Neelofa malas buat konten masak2, padam komen yang menyakitkan mata

Ujar selebriti itu lagi, mereka seolah-olah mahu menganggap hanya diri mereka sahaja yang betul dan cara orang lain adalah salah.

Jadi, Neelofa memilih untuk memadam sahaja komen-komen negatif yang ditulis oleh sesetengah pihak apabila sesuka hati meninggalkan kata-kata negatif atau mengkritiknya berkenaan cara masakan.

“So komen mak cik onion ni la yang buatkan I malas nak buat konten masak-masak sebab semua macam terpaling betul.
So just nak minta yang mana komen cara masak, bahan masak tu, saya kana delete sebab sakit mata,” tulisnya.

 

Terdahulu, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail, 29 telah berkongsi video menu masakan yang diberi kepada anak keduanya, Abdullah Abbas yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama minggu lalu.

 

 

Dapat dilihat yang bekas pengacara program Meletop ini menggunakan roti, butter, maple syrup, telur dan beberapa lagi bahan untuk digunakan bagi menyediakan makanan buat anak tersayang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram neelofa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*