Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-Gon mengumumkan perletakan jawatan semalam.
Dalam sidang media mengenai pengumuman perletakan jawatan tersebut, Kim Pan-Gon memaklumkan bahawa adalah ‘bahaya’ jika dia memberitahu sebab sebenar dia meletak jawatan.
Kenyataan tersebut kemudiannya telah dipersoal pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
Dalam satu hantaran di aplikasi X, TMJ meminta semua pihak untuk meminta Pan-Gon menjelaskan mengenai perkataan ‘bahaya’ itu dengan lebih jelas.
Apa susah. Pergi tanya dia beramai ramai apa yang dia maksudkan “dangerous”. Penyokong, Ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud dia “dangerous.” Be more specific. Takut kena tembak? takut kena kidnapped? Kena sepak? Be direct! @RimauXI Awak dulu pernah datang rumah… https://t.co/YqctG5SE6m
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) July 16, 2024
Apa susah, pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan dengan ‘dangerous’. Penyokong, ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud ‘dangerous’. Jelaskan lebih terperinci.
Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Terus terang. @RimauXI awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja.
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu bahawa Kim Pan-Gon meletak jawatan atas sebab peribadi.
“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak.” ujar Kim Pan-Gon dalam sidang media tersebut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Tiktok
Leave a Reply