[VIDEO] Gelagat Anak Mua Bellaz Buat Job Makeup Pertama Cetus Perhatian!-“Habislah Mama Takde Job Lepas Ni”

Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh media sosial yang berasal dari utara iaitu Mua Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini. Mua Bellaz merupakanseorang makeup artis yang terkenal kerana sering berkongsikan tip-tip solekan terutamanya buat wanita.

Selain itu, Mua Bellaz juga membuat kelas solekan bagi sesiapa yang ingin belajar cara solekkannya. Kebanyakkan media sosial yang membuat konten mengenai solekan mengambil Mua Bellaz sebagai idola mereka untuk dicontohi. Mua Bellaz juga giat berniaga bagi membantu suaminya untuk menambahkan pendapatan seisi rumah.

Tambah pula, kini anaknya iaitu Nur Aisywara Nealofa semakin mendapat perhatian warganet kerana telatah lucunya serta kecomelannya yang menjadi sebutan ramai.

“Ketuk-Ketuk Berus Tu Yang Tak Menahan, Macam Profesional”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Mua Bellaz yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 789 ribu, tanda suka sebanyak 83 ribu dan sebanyak 1,674 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan anak kepada Mua Bellaz iaitu Wara yang sedang makeup kan seorang kanak-kanak.

“Aku kata dahhh, dia dah buat job Mua, habiss laa Muabellaz. Dia dah ada pelanggan dah weyh, dengan baju kelawar dia tu”-Kata Mua Bellaz

@muabellaz

Aku kata dahhh diaaa dh buat Jobb Mua ..hbss laaa Muabellaz 😫 dia ada custmer dh weh ..dgn baju kelawar diaa tu adoii …baby Rania request look paling simple @DUSUN RIFFAA tgk ni

♬ Clumsy Situations – Eitan Epstein Music

 

‘Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa gaya Wara semasa melakukan makeup sudah dapat dilihat serta gelagatnya juga yang melucukan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*