
Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Mana Tahu Suatu Hari Dapat Buat Album Dengan Siti Nurhaliza”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 50 ribu, tanda suka sebanyak 1,760 dan sebanyak 44 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang meluah rasa bangga terhadap pencapaian anak saudaranya itu serta beliau juga memberikan kata-kata semangat agar terus kuat untuk mengejar cita-cita.
“Tahniah kepada seluruh pasukan Malaysia yang memenangi pingat emas.”-Kata Tokti
“Mestilah saya berasa bangga dengan pencapaian Umairah di peringkat antarabangsa, ini baru first step ok banyak lagi perjalanan, cabaran dan peluang yang Umai akan tempuhi”-Tambah Tokti
@nona.my Permata berharga, legasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza disambung anak saudaranya iaitu Umai yang kini mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Bangga bila bendera kita berkibar di sana, semoga Umai atau Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, mengharumkan tanah air. Kredit: @umairah_sairahtarudin #umairah #sitinurhaliza #wcopa #alummiumairah #sairahtarudin #majalahnona
Rata=rata netizen teruja melihat video tersebut. mereka juga mengucapkan tahniah serta turut berasa bangga dengan pencapaian Umai yang juga mengharumkan nama Negara di persada dunia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Tiktok
Leave a Reply