Intan Najuwa Mengidam Netizen pula risau

Pelakon Intan Najuwa tampil memberi respon setelah dia memuat naik satu hantaran media sosial di mana aktres itu meluahkan rasa mengidam teh Thailand.

Dia yang kini hamil anak sulung mengundang rasa risau dan bimbang dalam kalangan sesetengah netizen yang mendakwa teh tidak digalakkan buat wanita yang sedang mengandung.

Jelas Intan, dia hanya ingin memenuhi kehendak ‘mengidam’ yang biasa dalam kalangan ibu hamil.

 

Hai semua, kalau awak tanya tentang teh ini, nak beritahu saya tak minum setiap masa. Saya hanya minum bila ada rasa nak minum dan biarkan saya nak menikmati mengidam saya semasa mengandung.

Kadang-kadang kita mahukan sesuatu yang tak biasa dapat, tapi saya berhati-berhati dan merujuk kepada doktor dan keluarga saya.

Mereka kata tidak mengapa jika hanya bersederhana. Saya pun makan makanan sihat, jadi sedikit kelainan tidak mengapa!

Dia walau bagaimanapun mengucapkan terima kasih buat mereka yang menunjukkan rasa prihatin namun meminta agar netizen di luar sana membiarkan ibu hamil menikmati keinginan mereka sepanjang tempoh itu.

 

Terima kasih kerana ambil berat tapi tolong biarkan ibu mengandung menikmati mengidam mereka. Tak perlu nak rosakkan kebahagiaan orang lain!

Kami bakal-bakal ibu dah ambil banyak makanan tambahan setiap hari. Jadi tolong biarkan kami puaskan mengidam kami ya?

Terdahulu, Intan berkongsi khabar gembira di mana dia memaklumkan sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*