Adira Salahudi Berang Ada Individu Dengki Dengannya,9 Tahun Mendiamkan Diri

Baru-baru ini pempengaruh dan usahawan terkenal Adira Salahudi, meluahkan rasa kecewa dengan individu yang mempunyai hasad dengki terhadap dirinya dan keluarga.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Adira menjelaskan bahawa dia sudah lama bersabar. Namun, kali ini dia terpaksa untuk membuka mulut bagi meluahkan rasa yang dipendam selama ini.

Perkongsian penyanyi, Adira Suhaimi baru-baru ini di laman TikToknya telah mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet.

 

Lama diamkan diri

Dalam kapsyen yang ditulis untuk satu video itu, Adira berkata dia sudah bersabar dan mendiamkan diri untuk jangka masa yang sangat lama iaitu selama 9 tahun.

Kalau selama sembilan tahun Ami boleh tak melawan, Ami boleh senyap.. takkan sekarang ni tak boleh.

Sebab saya rasa malas nak layan orang toksik. Mungkin ini jadi post first and last untuk dia. Sebab bagi Adira, dia bukan siapa siapa dalam hidup saya dan tak penting untuk saya melayan.

Cukup-cukup la bergaduh dengan bayang-bayang sendiri, Jangan busuk hati dengan kehidupan orang.

Selain itu, Adira juga menjelaskan bahawa dalam perniagaan tiada istilah untuk bersaing kerana semua rezeki sudah ditetapkan oleh Allah Swt.

Dalam pada itu, Adira juga berkata dia menjalankan perniagaan ini daripada hasil titik peluhnya. Termasuklah mengeluarkan modal menggunakan wang simpanan sendiri.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menitipkan pesanan buat Adira untuk tidak melayan karenah individu itu dan kekal positif dalam kehidupan.

Saya mula pun semuanya dari bawah. Saya bukan mengemis funder dari sesiapa. Saya guna modal yang selama ni saya simpan. Mula dari buat model.

Jangan persoalkan siapa di sebalik bisnes saya. Tiada siapa! Hanya doa aku kepada Allah, hanya kudrat yang aku usahakan.

Adira juga memberi amaran kepada individu tersebut supaya jangan menguji kesabaran seseorang yang sudah lama bersabar.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*