“Tiada Manusia Yang Sempurna” – Pernah Dipenjara Kerana Salah Guna Dadah, Nia Ramadhani Anggap Ada Hikmah

Mesti ramai kan yang kenal dengan aktres terkenal, Nia Ramadhani. Pada tahun 2022, dia pernah mengejutkan peminatnya selepas dipenjara kerana kes penyalahgunaan dadah bersama suaminya.

Setelah dibebaskan, Nia berkata dia masih tiada perancangan untuk kembali aktif di dalam industri hiburan dan bersyukur kerana ramai yang masih memberikan sokongan.

Ramai yang sayang saya, rasa bersyukur sangat.

Mudah-mudahan satu hari nanti boleh datang ke Malaysia. Drama saya yang paling popular dan diminati peminat Malaysia adalah Bawang Merah Bawang Putih yang mana sudah berlalu 15 tahun lepas.

 

 

Sementara itu, Nia sempat menasihatkan supaya orang ramai dapat mengambil ikhtibar dan menyifatkan kejadian itu sebagai satu hikmah terbesar dalam hidupnya.

Setiap orang ada masa lalu masing-masing, yang baik mahupun yang buruk. Setiap manusia ada perjalanan hidup mereka sendiri.

Jangan pernah malu apabila sudah berbuat silap, biarpun seorang figura umum. Tiada manusia yang sempurna.

Tak perlu malu dengan diri sendiri dan semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana.

Aktres kelahiran Indonesia ini juga mendedahkan dia semakin sibuk setelah memiliki tiga orang cahaya mata.

Terdahulu, pasangan ini ditangkap pada awal tahun 2022 dan telah dijatuhkan hukuman penjara setahun dan diarahkan untuk menjalani proses pemulihan selama 12 bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*