Dituduh Jadi Punca Harith Iskander & Dr Jezamine Bercerai, Nadira Isaac Tampil Bersihkan Nama

Nama model, pempengaruh dan ratu cantik Nadira Isaac tidak semena-mena menjadi bualan hangat selepas didakwa menjadi penyebab berlakunya perceraian di antara pelawak Harith Iskander dan Dr Jezamine.

Terdahulu, Harith dan Dr Jezamine sendiri telah bersuara dan menafikan khabar angin berkenaan dan berkata Nadira hanyalah kenalan mereka bersama.

Hanya pernah jumpa beberapa kali

Giliran Nadira pula tampil menjawab tuduhan itu dan membersihkan namanya selepas menerima kecaman hebat daripada masyarakat di media sosial.

Jelas Nadira, dia terkejut apabila namanya disebut sebagai punca perceraian itu dan berkata mereka bertiga hanyalah sekadar kawan dan pernah berjumpa beberapa kali sahaja.

 

 

 

Ye, saya kena hentam teruk dekat TikTok, dekat Instagram. Orang cakap I penyondol dan sudah tentu ia (kecaman) tidak bagus untuk imej dan reputasi saya.

Nadira bagaimanapun berkata dia tidak terkilan dan tidak menyalahkan netizen dengan apa yang mereka katakan kerana tahu semua ini hanyalah salah faham semata-mata.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*