Belum pun selesai kemelut bersama bekas isteri, nama Andika Putera kali ini ‘dipetik’ oleh seorang wanita yang mendakwa telah dipermainkan olehnya.
Kenal sebulan, Andika ajak tunang
Menerusi TikTok, wanita bernama Nana itu mendakwa hubungannya dan Andika mula terjalin sekitar Mei 2024 dan dia dihubungi oleh lelaki tersebut menerusi Whatsapp.
Dakwanya lagi, Andika meluahkan hasrat untuk ke tahap yang lebih serius selepas kira-kira sebulan mereka berkenalan.
Bapa dah setuju, rupanya Andika…
Nana bagaimanapun tidak bersetuju kerana adiknya baru sahaja berkahwin. Andika pula didakwa berjanji untuk menanggung segala kos perkahwinan sebanyak RM150,000.
Jujur pada mulanya, papa memang tak setuju hubungan Nana dengan dia atas sebab tertentu. Tapi selepas dah pujuk dan atas doa ramai, papa pun terbuka hati untuk terima.
Bila papa dah setuju, papa suruh buat keputusan untuk pilih tarikh merisik dan bertunang. Nana beritahu Andika, sekali dia plot twist cakap ‘jap tengah keliru, tak tahu nak pilih sama ada Nana atau Doktor (tunang sekarang)’.
Wanita itu terkejut dengan penyataan tersebut, rupa-rupanya Andika didakwa bercinta dengan dirinya dan juga seorang doktor pada masa yang sama.
Tambah Nana, Andika berkata kedua-dua wanita mempunyai kelebihan masing-masing dan doktor yang dipilihnya itu sanggup bermadu sekiranya Andika memilih Nana.
Nana bagaimanapun menegaskan bahawa dia bukanlah punca lelaki itu bercerai dengan bekas isterinya. Dia turut berkata hantaran tersebut dibuat bukan dengan niat untuk menjatuhkan sesiapa sebaliknya hanya mahu wanita lain untuk ambil iktibar daripada kisahnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instagram
Leave a Reply