
Pelakon jelita, Anna Jobling akhirnya memberi respon berkenaan foto memaparkan dirinya dicium seorang aktor Indonesia, Karel Susanteo menjadi tular, tempoh hari.
Anna atau nama sebenarnya Ellisa Gustin Jobling memaklumkan bahawa foto tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ya, gambar itu sunting. Terang-terang nampak benda itu edit kan. Sebenarnya saya dah biasa dengan benda seperti itu. Saya sebagai public figure memang dah biasa orang akan ada pendapat dan orang akan rasa ada hak untuk buat gambar macam tu untuk dikecam.
Saya rasa mereka nak perhatian saja. Sebenarnya mungkin hidup mereka bosan sangat, reaksi saya gelak saja bila tengok gambar tu dan saya pun dah biasa orang ambil kesempatan buat fitnah terhadap saya.
Dalam pada itu, Anna memaklumkan dia tidak berhubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana sibuk bekerja.
Saya bercinta dengan kerja, jadi memang tiada masa sangat.
Sekadar info, tular foto memaparkan Anna dan Karel bercumbu yang didakwa diambil ketika sambutan ulang tahun kelahiran pelakon Indonesia itu pada May lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instagram
Leave a Reply