Hafidz Roshdi laporan bekas isteri kes di buka semula

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan tarikh 13 Ogos bagi sebutan semula kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk muka bekas isterinya pada Mac lalu.

Ini berikutan hakim majistret Nurul Mardhiah Mohammed Redza memaklumkan pihak mereka belum menerima arahan lanjut penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.

Kami belum menerima arahan baharu mengenai kes ini susulan pengadu sudah menarik balik laporannya.

Mahkamah kemudian membenarkan timbalan pendakwa raya, Asmaa’ untuk memberi lagi tempoh dua minggu sementara menunggu arahan terbaru.

 

Sementara itu, peguam mewakili Hafidz Roshdi, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihak mereka tiada bantahan mengenai permohonan itu.

 

Kita mengesahkan belum ada arahan terbaru mengenai kes ini justeru tempoh dua minggu yang dimohon adalah munasabah dan harap ini adalah yang terakhir.

Terdahulu, aktor lelaki itu didakwa melakukan perkara demikian terhadap Nurul Shuhada di susur keluar tol Sungai Buaya pada 2 Mac tahun lalu.

Hafiz kemudian mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Shuhada iaitu menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan luka, lebam dan bengkak.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*