Seorang rider dipuji susulan berpatah balik bagi membantu pemandu wanita sebuah kereta yang rosak di tengah jalan walaupun ketika itu orang lain hanya tengok sahaja.
Orang lain hanya tengok sahaja
Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Cempaka Berduri menunjukkan penghantar makanan yang dilihat berbangsa India telah berpatah balik dan membantu menolak kereta jenis Perodua Kancil yang rosak di tengah jalan berkenaan.
@cempakaberduri33 thank you, bro. the good boy ..living in Malaysia is amazing. we are so blessed. Ini dinamakan serumpun #viralvideo #viral #berandatiktok @foodpanda Malaysia @foodpanda riders MY
Rider dipuji, tolong tolak kereta rosak
Dalam kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok berkenaan meminta orang ramai untuk mencari dan menularkan rider berbangsa Inda berkenaan kerana perilaku baik yang dilakukan.
“Tolong cari dan viralkan brother Foodpanda Indian ni sampai jumpa. Semua orang tengok je, tapi dia patah balik tolong girl dalam kereta tu tolak ke tepi jalan,” tulisnya.
Rider dipuji, tunjuk hal baik sebagai rakyat Malaysia
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana melakukan hal baik dan menunjukkan betapa hebatnya hidup di Malaysia kerana saling tolong menolong tanpa menghiraukan siapa yang dibantu.
“Terima kasih, bro. Orang-orang baik. Tinggal di Malaysia cukup mengagumkan. Kita semua bersyukur dengan hal tersebut. Ini dinamakan serumpun,” tulisnya.
Kita semua 1 Malaysia
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata menzahirkan penghargaan kepada individu berkenan kerana menjadi orang pertama menghulurkan bantuan.
Ada juga diantara mereka memceritakan hal yang hampir serupa dan merasakan kita semuah hidup baik-baik sahaja di Malaysia sehinggalah ada pihak -pihak tidak bertanggungjawab yang membuatkan keharmonian pelbagai kaum terganggu.
Orang yang pernah alami akan faham
Rider2 memang suka membantu di jalan
Bukti sebenar rakyat Malaysia bersatu padu
Abang rider dipuji tampil ucap terima kasih kerana komen2 baik
Rider yang membantu pemandu Perodua Kancil itu juga tampil mengucapkan terima kasih atas komen-komen baik yang diberikan kepadanya.
Ujarnya ringkas, dia hanya datang untuk membantu sahaja walaupun jelas dia bersungguh-sungguh menolak kereta ketepi seorang diri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Tiktok
Leave a Reply