“Tak Apa Mama, Allah Tak Tengok Permulaan Hidup..” – Tak Lancar Mengaji, Wanita Sebak Dengar Nasihat Anak

Umur bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu dunia mahupun ilmu agama. Semua orang layak untuk menikmati ilmu yang ada di dunia ini untuk dijadikan sebagai panduan hidup.

Tapi, ada juga yang tak dapat merasai peluang ini kerana pelbagai kekangan ketika membesar.

Tular di TikTok, seorang wanita yang juga seorang usahawan berkongsi kisahnya dan berjaya menyentuh hati banyak netizen.

Katanya, ketika umur 30 tahun dia baru berpeluang untuk belajar mengaji Al-Quran kerana kekangan semasa kecil.

Semasa berada di Mekah, saya berasa malu apabila tidak dapat mengaji dengan sebaiknya. Azam saya ketika itu, jika masih diberi peluang ke Mekah, saya mahu pandai mengaji.

Yang menyentuh hati netizen apabila wanita itu mendedahkan anak sulungnya datang peluk dan memintanya bersabar.

Pia kata tak apa Mama, Allah tak tengok permulan hidup, tapi Allah tengok pengakhiran hidup kita.

Sepatutnya saya sebagai ibu, saya yang mengajar anak saya mengaji. Tapi anak saya lebih pandai mengaji dari saya.

Tambahnya, dia sangat malu kerana umurnya sudah tua namun belum lancar mengaji.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen memberi sokongan kepada wanita ini kerana masih mahu mendalami ilmu agama yang dituntut.

Sedihnya dengar nasihat anak sulung dia. Walaupun tak berpeluang untuk belajar masa kecil, dia tetap beri ilmu dan didikan yang baik untuk anaknya. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup ushawan dan keluarganya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*