
Pelawak dan ahli perniagaan Shuib mengundang perhatian selepas memuat naik hantaran terbaru di Instagram Story.
Mana tidaknya, bersama hantaran itu, Shuib meletakkan tag nama sahabatnya iaitu Mamat Sepahtu dan channel Youtube terbarunya, Dol’s Podcast.
Video yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki melontarkan dialog, “Emang apa sih gak boleh? Sombong amat”.
Dalam hantaran Instagram Story terdahulu, pelawak ini turut menulis kapsyen ringkas ‘A Plus’ dengan emoji tangan ‘good’.

Meninjau ke Instagram milik Mamat pula, pelawak itu dilihat memuat naik gambar kartun dengan tulisan Maharaja Lawak Mega berlatar belakangkan lagu daripada Olan iaitu Hitam Manisan.


Terdahulu, Jep Sepahtu menjelaskan apa yang diperkatakan di dalam podcast hanyalah rekaan dan banyak ditokok tambah.
Ianya dipercayai ditujukan kepada perkongsian rakan pelawaknya, Mamat bersama Shuib di Dol’s Podcast.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instgaram
Leave a Reply