“Dah Macam Adik Beradik, Terima Kasih Sentiasa Bagi Semangat” – Momen Lee Zii Jia Peluk Wartawan Sukan Bangmed Undang Sebak Netizen

Belum reda lagi nampaknya sambutan kemenangan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia yang berjaya memperoleh pingat gangsa dalam Olimpik Paris 2024, semalam.

Usai sahaja perlawanan, rakaman Lee Zii Jia datang dan memeluk wartawan sukan, Ahmed Shahrazad Sani ternyata telah mengundang sebak netizen.

@wanyqt23

Walaupun petugas tu dah halang jia tapi jia tetap pergi hugs bangmed aaaa😭 jia tak pernah lupa siapa yang stay dengan dia at his lowest🥺 thankyouu bangmed mewakili kami semua yang sentiasa support jiaa😭🫂 #leeziijia #olympicsparis2024 #bangmed

♬ someone to stay 2024 – ourfeelings🪐

 

Difahamkan, Ahmed Shahrazad Sani atau lebih mesra disapa sebagai Bangmed sentiasa memberi sokongan buat pemain badminton itu meskipun pernah menghadapi detik sukar sebelum ini.

 

Lee Zii Jia kelihatan memeluk erat Bangmed dan kemudian kedua-duanya dirakam menangis kegembiraan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik akaun Astro Arena itu, ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat keakraban kedua figura itu.

 

 

 

 

Jelas netizen, Bangmed sentiasa memberikan kata-kata semangat terhadap pemain badminton negara tanpa menjatuhkan semangat mereka setiap kali menang mahupun kalah.

Jelas netizen, Bangmed sentiasa memberikan kata-kata semangat terhadap pemain badminton negara tanpa menjatuhkan semangat mereka setiap kali menang mahupun kalah.

Sebak, tengok keakraban LZJ dengan Bangmed memang menangis.

Memang terbaik Bangmed. The only media member yang I doa selalu ada dengan player kita sampai bila-bila. The way Jia hug him. Mesti ada sesuatu istimewa.

Terdahulu, Lee Ji Zia telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam arena sukan beprestij itu setelah dia menewaskan pemain badminton dari India dengan kemenangan mudah dalam set penentuan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

 

Sumber: Aplikasi X

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*