
Enggan memanjangkan isu cinta ditolak, akhirnya Youtuber mukbang, Syedot tampil memohon maaf secara terbuka kepada pempengaruh yang dikenali sebagai Liana Beep Beep.
Menerusi hantaran di TikTok, Youtuber terkenal itu berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan Liana bagi menyelesaikan isu ini.
Tambahnya, dia juga akui khilaf kerana membangkitkan cerita lama antara mereka berdua ketika hadir di podcast Cikidot.
Sejak beberapa hari ini nama saya hangat diperkatakan. Oleh itu, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada Liana kerana secara tidak langsung isu ini telah melibatkan suami dan keluarganya.
Saya amat menyesal dengan perbuatan ini, saya ingin minta maaf atas segala percakapan dan perbuatan saya.
Saya mengaku ramai yang kata saya ‘red flag’ kerana melontarkan cerita ini secara umum.
Liana tak terima permohonan maaf Syedot?
Namun, permohonan maaf Syedot tak diterima baik oleh tuan badan dan difahamkan Liana akan membongkarkan cerita sebenar mengenai isu ini.
Liana tak akan cover for you dah . Tak kisah kesian ke tak kesian, aib ke tak aib I akan cerita, sebab you langsung tak faham erti perkataan tanggungjawab dan bercakap benar.
Sebelum ini, Liana Beep Beep juga tampil bersuara selepas isu ini tular dan berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Syedot dengan tujuan untuk membersihkan namanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Tiktok
Leave a Reply