“Jangan Terperangkap Dengan Permainan Orang Lapar Perhatian” – Rahim Beri Respon Isu Tak Akan Diundang Dalam Podcast Shuib

Pelawak dan penyampai radio, Rahim tampil memberi respon setelah namanya ‘dipetik’ pelawak Shuib sebagai individu yang tidak akan dijemput dalam podcast terbaru terbitannya iaitu Dol’s Podcast.

Tulis Rahim menerusi satu hantaran di Instagram, dia meminta orang ramai untuk tidak terpedaya dengan permainan individu yang dianggapnya sebagai lapar perhatian.

 

Daripada join podcast, baik aku join podluck. Jangan terperangkap dengan permainan attention seekers. Dengar cerita perempuan dalam video podcast tu dah block.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mempertahankan Rahim susulan isu tersebut.

 

Malah, ada yang menyifatkan Shuib sebagai seorang yang lupa diri kerana Rahim pernah menemani dan sanggup bersusah payah ketika menguruskan pengebumian Allahyarham Siti Sarah tidak lama dahulu.

Terdahulu, Shuib dirakam menjawab persoalan peminat dan mengatakan bahawa dia tidak akan sesekali menjemput Rahim ke dalam podcastnya itu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*