
Pelakon Abby Abadi mencuri tumpuan selepas berkongsi kata-kata semangat dan beberapa video pendek di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Abby seakan meluahkan perasaannya terhadap isu yang menimpa dirinya dan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim baru-baru ini.
“Tak perlu berusaha menjadi Mama yang sempurna.. tapi berusahalah menjadi mama yang bahagia. Kerana kita harus waras. Waras untuk menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak dan hal-hal lain.
Sebak dengan perkongsian dan kata-kata yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi itu, rata-rata warganet terpanggil untuk meninggalkan pelbagai komen pada hantaran berkenaan.
Malah, ramai dalam kalangan pengikutnya memuji sikap Abby yang dianggap sebagai seorang wanita kuat kerana sering diuji dengan isu kontroversi anak perempuannya.


Meskipun ramai yang menganggap Abby sebagai wanita kuat dan wajar dijadikan inspirasi, namun ada dalam kalangan pengikutnya tampil berani menegur tindakan Marissa dan Aslam yang dianggap sebagai ‘kurang ajar’ kerana sanggup membelakangi ibu kandungnya sendiri.
erdahulu, Marissa dilaporkan turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan harapan Abby membalas mesejnya di aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, komen berkenaan telahpun dipadam sebaik sahaja ia dimuat naik.
Setakat artikel ini ditulis, video reels itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Media Hiburan
Leave a Reply