Noor Nabila doa Sharnaaz Ahmad cepat kahwin -“Jayden tak sabar nak jadi abang..”

Bersempena ulang tahun kelahiran ke-39, bekas isteri kepada aktor kelahiran Pulau Pinang, Noor Nabila doa Sharnaaz Ahmad cepat kahwin dalam tempoh terdekat.

Dalam hantaran itu, Nabila yang juga kakak kepada usahawan dan selebriti,  Noor Neelofa turut menitipkan doa buat bekas suaminya.

Menurut Nabila, doa tersebut dititipkan selepas melihat anak tunggal mereka, Jebat Jayden sangat menanti-nantikan detik untuk memiliki seorang adik.

“Selamat hari lahir Sharnaaz. Saya doakan tahun ini lebih baik dan indah untuk awak.
“Saya juga doakan awak dipanjangkan umur, sihat bahagia dan semoga cepat kahwin baru sebab Jayden tidak sabar untuk menjadi seorang abang,” katanya dalam Instagram.

 

Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa bangga kerana Jayden memiliki seorang bapa yang bertanggungjawab dan sanggup melakukan apa sahaja untuk seorang anak.

“Terima kasih menjadi seorang bapa yang hebat dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Jayden.
“Terima kasih juga kerana menjadi seorang sahabat yang baik untuk saya memandangkan akan ‘sangkut’ bersama selama-lamanya.
“Itu semua adalah untuk menjadi ibu bapa untuk Jayden dan memiliki waktu yang hebat. Insya-Allah kita boleh lakukan,” ujarnya.

 

 

Untuk rekod, pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram Noor Nabila

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*