Akhirnya! Ibu kongsi gambar bertemu Syamsul Yusof, Puteri Sarah juga ada sama

 

 

Ibu kongsi gambar bertemu Syamsul Yusof di media sosial dan pastinya ia cukup membahagiakan  selepas pelbagai kontroversi tercetus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi hantaran yang dibuat Datin Patimah Ismail di Insta Story, dapat dilihat yang Syamsul telah memeluk ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam sambil tersenyum.

Ibu kongsi gambar bertemu Syamsul Yusof di rumah

Dalam posting berkenaan, Datin Patimah dan suami dilihat memakai pakaian basahan manakala Syamsul memakai baju serba hitam tersenyum di perkarangan rumah menandakan hubungan mereka sudah kembali jernih.

 

Ibu kongsi gambar bertemu Syamsul Yusof, Puteri Sarah pun ada

 

 

Apa yang lebih menarik perhatian sudah tentu kehadiran bekas isteri pertama kepada Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang kelihatan tumpang bahagia berada bersama keluarga mentuanya.

Syamsul juga tampak ceria mendukung anak kedua, Sumayyah yang memeluk erat bapanya sambil berada di sisi Datin Patimah.

 

Sebelum ini, ibu kepada pengarah tersohor tersebut ada memuat naik bayangan seperti ingin memberitahu bahawa keluarganya akan kembali berkumpul seperti tahun-tahun sebelum ini.

Hal tersebut susulan  memuat naik video throwback gambar sewaktu berhari raya sejak tahun 2014 hingga tahun 2023 dimana ada beberapa tahun yang tiada kehadiran Syamsul.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram patimah8057

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*