Kes Perbicaraan Cerai Diana Danielle Dan Farid Kamil Ditangguh 2 Disember Depan

Pelakon Diana Danielle dan suami, aktor Farid Kamil dilaporkan akan meneruskan sebutan perceraian pada 2 Disember ini  setelah tamat prosiding berkenaan hal itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini.

Dikhabarkan, prosiding pada hari ini adalah berkisar mengenai pengesahan rujuk antara mereka berdua.

Sebelum ini, aktres jelita itu memaklumkan dia hanya berlapang dada menunggu keputusan perceraian pada hari ini dan mengharapkan yang terbaik buat semua pihak.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan peminat apabila dia telah memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

Walau bagaimanapun, Farid pada ketika itu berkata rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil.

Namun, Diana menafikan kenyataan itu dan memberitahu dia sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp.

 

Sekadar info, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun rujuk kembali tak sampai sebulan berpisah.

Kedua-duanya mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*