
Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias terjebak gaya Old Money telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim di laman Facebooknya, beliau berkongsi sebuah gambar bersama kereta mewah Mercedes berwarna putih.
Kazim Elias terjebak gaya Old Money
Dalam perkongsian itu juga, imej terbaharu Ustaz Kazim tanpa rambut sambil memakai cermin mata hitam telah mengejutkan ramai.
“Old Money, Old Car, Old Man,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Kazim Elias terjebak gaya Old Money
Netizen terhibur dengan gelagat Ustaz Kazim!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat menciut hati pendakwah popular yang berusia 52 tahun itu yang tidak terlepas untuk menyertai trend terkini.
Semoga dikurniakan kesihatan selalu
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Ustaz Kazim dikurniakan kesihatan baik selalu dan mendoakan segala urusannya dalam menyampaikan dakwah dipermudahkan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Facebook @Dato Ustaz Mohd Kazim Elias
Leave a Reply