
Ingin keluar rumah dan tinggal secara berasingan dipercayai menjadi punca bekas model, Zahnita Dorothy Hussein Wilson menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata menerusi siasatan awal didapati keputusan itu menyebabkan suaminya marah dan mula bertindak mengasari Zahnita.
Berikutan itu, laporan polis dibuat oleh mangsa pada 27 November lalu dan suami mangsa ditahan semalam, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Hari ini suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan pihak mereka telah menahan suami kepada Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse hari ini.
Ia susulan daripada pendedahan model dan juga pelakon itu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu ada memuat naik foto wajahnya yang lebam di bahagian mata seakan dipukul.
Zahnita juga memaklumkan dia kini menanti kehadiran peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berhubung kes tersebut.
Antara rakan artis yang turut memberi kata-kata semangat kepada beliau.
Dia yang ditemui media kemudian mengakui dipukul suaminya beberapa kali sepanjang perkahwinan dan tindakan itu dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam hidup suaminya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: BH Online
Leave a Reply