“Saya Bukan Muslimah Yang Sempurna” – Masya Masyitah Kongsi Foto Bersukan Undang Kecaman

Penyanyi Masya Masyitah sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila berkongsi foto dirinya bermain badminton sambil menggayakan hoodie sehingga menampakkan bahagian lehernya terdedah.

Perkongsian beberapa keping foto itu dibuat menerusi laman Instagramnya, semalam.

Menurut Masya, dia sentiasa menerima teguran daripada netizen dengan lapang dada.

Malah, dia tidak mahu memeningkan kepala dengan kritikan negatif daripada netizen kerana dia lebih mengenali dirinya sendiri.

 

Saya bukan muslimah yang sempurna. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Orang nak kutuk atau kritik, itu terpulang kepada mereka. Nasihat saya, lebih baik cermin diri terlebih dahulu sebelum bercakap buruk tentang orang lain.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff turut berkata walaupun dia sering dikecaman oleh netizen tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus istiqamah bertudung.

Saya sebenarnya, malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu, di luar saya ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok kita jatuh. Kadang-kadang, saya tersasar tapi saya percaya, itu lumrah manusia.

Masya Masyitah

Tambahan, ada juga segelintir netizen yang mendakwa dirinya tidak ikhlas bertudung, tetapi penyanyi tu menjelaskan dia masih lagi mempelajari agama.

Orang cakap saya pakai tudung tapi tak ikhlas, itu masalah mereka. Saya masih mengenal agama dan saya yakin ramai wanita di luar sana sama seperti saya.

Sebelum ini, Masya teruk menerima kecaman daripada netizen apabila menggayakan baju sekolah dengan stoking yang menampakkan kulit pahanya.

Kredit: Kosmo

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!