“Saya ada terdengar” ada saksi dedah kejadian dan berlaku benda aneh
Shah Alam: “Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.”
Itu kata pekerja Pengurusan Air Selangor yang ingin dikenali Ihsan, 37, yang melihat kejadian sebuah pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini.
Menurutnya, sebelum kejadian itu dia sedang membaca meter air berhampiran lokasi terbabit dan menaiki motosikal ke Persiaran Elmina untuk membaca meter di lokasi seterusnya namun tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di belakang.
“Saya pusing belakang lihat kepulan asap dan terus berpatah balik.
“Ketika itulah saya lihat penunggang motosikal itu menjerit kalimah Allah dan bergerak sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu,” katanya kepada Harian Metro.
Ihsan berkata, ketika itu dia juga melihat seorang dari pesawat itu berada di luar dalam keadaan rentung.
Shah Alam: “Saya sampai di lokasi, terus nampak seorang individu sedang terbakar dan hampir rentung,” kata seorang saksi awal kejadian pesawat terhempas di Seksyen U2, Bandar Elmina, dekat sini hari ini.
Nur Alia Nordin, 28, berkata beliau bergegas ke lokasi selepas mendengar letupan kuat yang dianggarkan sejauh tiga kilometer kira-kira 3.50 petang.
“Ketika di rumah Kampung Kubu Gajah, dan ia (letupan) kuat. Terus saya keluar rumah dan mengikut kepulan asap tebal hitam itu.
“Rumah saya hanya tiga minit dari lokasi ini dan ketika sampai di sini, saya lihat sebuah motosikal dan pesawat sedang terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Tinjauan di lokasi sekitar 4.21 petang mendapati pasukan penyelamat serta pihak berkuasa sudah berada di lokasi kejadian.
Sumber : hmetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!