Baru lahir dah kacak,ramai jatuh cinta dengan ‘jawline’ bayi Safawi dan Syifa Melvin

Sekeping foto yang memaparkan wajah anak kepada pemain bola sepak, Safawi Rashid dan isterinya, Syifa Melvin telah mencuri perhatian ramai, baru-baru ini.

 

Baru sahaja beberapa minggu dilahirkan, wajah bayi itu juga telah mengundang satu perbincangan hangat di kalangan para pengikut akaun Instagram milik Syifa Melvin.

Mana tidaknya, bayi diberi nama Said Sulaiman Muhammad Safawi itu dilahirkan dengan bentuk ‘jawline’ atau tulang rahang yang kelihatan tajam dan terbentuk.

 

Difahamkan, gambar berkenaan dikongsi sendiri oleh Syifa yang juga selebriti media sosial itu menerusi satu hantaran tular dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Bismillahi Masya-Allah, kenalkan cinta baharu dalam hidup kami, Saif Sulaiman Safawi. Semoga membesar dengan baik dan sihat anak,” tulis Syifa di ruangan kapsyen Instagram.

 

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial tidak berhenti memuji bentuk rahang bayi yang dilahirkan Syifa pada 30 September lalu itu.

Kagum melihat mahkluk ciptaan Tuhan, ramai juga peminat tampil mendoakan agar bayi berkenaan dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang rajin beribadah.

 

“Kecik-kecil, ‘jawline’ dah tajam, boleh berdarah jari mak cik, Saif. Membesar dengan sihat. Jadi anak soleh ibu dan daddy,” puji seorang pengguna sambil mendoakan Saif.

“Masya-Allah. ‘Handsome’nya Saif. Kecil-kecil, sudah ada ‘jawline‘. Semoga jadi anak soleh, Saif.” Kongsi peminat lain yang menulis di ruangan komen Instagram Syifa.

 

Gambar itu juga menjadi hantaran pertama dimuat naik ke akaun Instagram peribadi milik Saif yang kini memiliki lebih 7,000 pengikut meskipun baharu sahaja diwujudkan.

 

Saif Sulaiman merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan Syifa bersama Safawi Rashid yang merupakan pemain bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Anak saudara kepada pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin itu selamat dilahirkan pada 30 September lalu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Untuk rekod, Safawi dan Syifa sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di hotel ternama pada 28 November tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by editor sheeba

 

Sumber : instagram shifamelvin

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*