Penyanyi Tom berkongsikan pengalamannya yang kini sedang hamil anak perempuan, dimana usia kandungan sudah cecah enam bulan.
Kata Tom di Instagram, sangat berbeza apabila hamil anak perempuan kerana dirinya lebih susah untuk bergerak serta mudah rasa penat.
Nak bersila pun susah, nak bangun pun susah. Ada hati nak pergi surfing.
https://www.instagram.com/reel/CzK2HV6RPu7/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Dalam pada masa yang sama, isteri kepada Fuad Rahman itu berkata semasa mengandungkan anak lelaki sebelum ini, dirinya masih boleh pergi ke kelab malam biarpun usia kandungan sudah cecah sembilan bulan.
Mengandung anak lelaki sembilan bulan masih boleh pergi clubbing lagi. Kemudian, sambung lagi after party. Sekarang tidak lagi, tidur lagi baik.
Sekadar info, Tom dan Fuad Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam Indonesia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber :instgram tom
Leave a Reply