Graduan uniSZA menangis terima khbar kematian bapa 15minit sebelum naik pentas.detik gembira tukar kepada hibah..

SIAPA sangka, detik yang sepatutnya menjadi kenangan paling manis buat gadis ini bertukar duka apabila dia menerima berita kematian bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas untuk menerima skrol.

Haslina Kalang, 23, graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah pada pukul 10.30 pagi, memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia.

Dia ketika itu sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, pada Isnin.

Haslina menggagahkan diri menaiki pentas untuk menerima skrol.

 

Haslina ketika ditemui berkata, dia sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyennya kerana risau dengan keadaan kesihatan bapanya susulan diserang strok.

 

“Ayah suruh saya datang juga konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.

 

“Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber :tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*