
Bagi ibu bapa dengan anak kecil mesti kalau boleh nak buat sarapan yang senang dan cepat dimasak.
Apa lebih senang daripada pancake, bahan tak banyak malah masa dimasak juga tidak terlalu lama.
Ikuti perkongsian Azniza Kasim menerusi laman Facebook ‘Resepi Kuih Muih’.
Resipi dan bahan yang mudah dan boleh dinikmati bersama sos coklat, madu atau butter.
Mini Pancakes
Bahan-bahan:
1 biji telur (gred A/B)
3 sudu masakan (sdm) gula
½ sudu kecil (sdk) garam
½ sdt esen vanila
3 sdm minyak masak
⅓ cawan susu segar
1 sdk bikarbonat soda
1 sdk baking powder
½ sdk cream of tartar (optional)
1 cawan tepung gandum
Cara-cara:
Dalam mangkuk, campurkan telur, gula garam, esen vanila kacau sebati menggunakan whisk/hand mixer/blender.
Kemudian masukkan minyak & susu segar.
Kacau sebati dan masukkan bikarbonat soda baking powder, cream of tartar serta tepung.
Kacau sehingga tiada gumpalan.
Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. caranya.. angkat adunan menggunakan whisk.. pastikan adunan jatuh dengan mudah.
Kemudian masukkan adunan dalam piping bag/boleh jugak guna sudu.
Masakkan menggunakan non stick pan menggunakan api kecil.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber :facebook
Leave a Reply