PENYANYI Adira Suhaimi sedar penampilannya pada konsert Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad menjadi bualan ramai apabila ramai mengecam pakaian digayakan kononnya menampakkan puting payudaranya.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, bagaimanapun menjelaskan ia sebenarnya adalah garisan jahitan pada bahagian dada pakaian berwarna kelabu cair tersebut yang diperbuat daripada fabrik PVC.
“Tengoklah benda lain, yang tengok benda itu kenapa? Takkanlah kita biar ‘benda’ itu terkeluar macam itu! Ini fabrik PVC.
Adira dan adiknya Emma memberi persembahan bertenaga pada minggu kelima pertandingan FD3.
“Benda pun dah post, nak buat macam mana. Dia yang tengok, dia pula susah hati, kan? Saya mengaku kekurangan itu mungkin ada tapi saya suka baju ini, cantik,” katanya kepada mStar.
Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam.
Dalam pada itu, Adira berkata, dia langsung tidak menyedari tentang bonjolan seperti didakwa kerana sedia maklum material pakaian berkenaan yang agak keras dan menimbulkan kesan jahitan.
Bagaimanapun, Adira tetap menyambut baik semua kritikan yang diberikan malah berjanji kejadian serupa tidak akan berulang pada masa akan datang.
“Saya terima semua kritikan dan anggap itu semua (teguran) benda baik.
Adira menjelaskan pakaian yang digayakan diperbuat menggunakan material PVC.
“Kalau mereka tidak cakap, saya pun tak tahu sebab kita rasa elok dan tiada sebarang masalah… Tapi bila ada orang perasan, kita terlepas pandang.
“Tidak mengapa, saya sayang netizen Malaysia! Insya-Allah minggu depan tak akan ada lagi isu seperti ini.
“Minggu depan saya akan tampil dengan fesyen lebih ‘vass’, saya akan buat mereka (netizen) menangis pula,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:mstar