Berusia 16 Tahun & Mahir Berbahasa Mandarin, Timah Muncul Dengan Lagu Bernuansa K-Pop Kemelayuan

Penyanyi serta pelakon remaja yang bakatnya dicungkil melalui rancangan realiti pertandingan kanak-kanak Ceria Megastar Ministar, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra disapa Timah kini muncul dengan single ketiga berjudul ‘123’.

 

Naskhah berkenaan adalah hasil garapan komposer Iqie Hugh bersama Aniq Iffat, dan diterbitkan oleh label Rocketfuel Entertainment.

 

“Sebenarnya lagu ini telah pun direkod pada awal tahun sejurus selepas Hari Raya, tetapi berdepan dengan beberapa halangan, namun akhirnya ia dapat juga dilancarkan pada Oktober.

 

“Saya teringin untuk menyanyikan sebuah karya seakan-akan K-pop namun masih ada kemelayuannya, dengan melodi yang tidak terlalu berat, lebih santai dan boleh didengar oleh setiap lapisan umur, jadi abang Iqie dan Aniq berjaya merealisasikan impian saya.

 

“Lagu ini menceritakan tentang perasaan seorang remaja yang tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan orang yang disukainya, ibarat mengira waktu untuk berjumpa seperti satu, dua, tiga!,” katanya.

Berkongsi lanjut, Timah menjelaskan proses rakaman berlangsung di World Peace Studio berlangsung selama dua jam.

“Sangat mudah bekerjasama dengan abang Iqie, dia profesional dalam pekerjaannya, dan ‘team’ Rocketfuel Entertainment turut membantu menaikkan semangat saya.

 

“Rakaman MV (video muzik) turut dilakukan bersama ‘team’ Rocketfuel dan saya seronok melakukannya, ia menceritakan tentang seorang gadis yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran.

“Kemudian tiba-tiba muncul seorang ‘prince charming’ membawa hidangan beserta sekeping nota, dan kalau hendak tahu apa kesudahannya kena tonton di YouTube nanti.

 

“Saya berharap agar lagu ini mendapat sambutan oleh semua yang mendengar, terutamanya di kalangan peminat-peminat muzik K-pop di malaysia,” katanya lagi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*