lamar Suhaimi Saad, j4tuh cinta sebab arw4h jaga solat dan pandai mengaji al-Quran

SELEPAS pemergian penyanyi Suhaimi Saad Rabu lalu, tular sebuah video Allahyarham bercerita mengenai kisah percintaannya dengan isteri iaitu Ina Naim.

 

Menerusi rakaman video berkenaan, Suhami mendedahkan isterinya Ina Naim, 39, terlebih dahulu jatuh hati kepadanya sewaktu di awal perkenalan mereka.

 

Suhaimi memberitahu dia bersyukur Ina jatuh hati kepadanya bukan disebabkan harta tetapi ilmu agama dimilikinya.

 

“Ina terus terang beritahu dia suka kepada saya. Bukan saya melamar Ina, dia yang melamar saya dan kemudiannya saya pergi masuk meminang.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga 16 tahun lalu.

 

“Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi lihat kebaikan yang ada pada saya.

 

“Pandai solat, mengaji… Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu kekayaan, dia tak akan pilih saya,” katanya.

 

Rakaman yang tular itu adalah daripada video siaran langsung yang dibuat Allahyarham di Tiktok miliknya sebelum ini.

 

Ina suka bukan sebab harta

Dalam pada itu, Suhaimi dalam video sama turut memberitahu dia menyimpan perasaan terhadap Ina dan menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang baik dan lemah lembut.

 

“Dia bukan wanita materialistik, tak pandang harta. Dia memang betul-betul ikhlas sebab saya ini tiada apa-apa.

 

“Saya beritahu dia terus kepadanya saya memang suka kepadanya. Dia seorang yang baik, lembut. Saya katakan padanya kita kawan dulu dan kalau ada jodoh kita kahwin,” ujarnya.

Allahyarham bersama isteri dan anak-anaknya.

 

Suhaimi turut menceritakan detik perkenalan mereka sewaktu sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama.

Pada ketika itu, Ina memintanya untuk memegangkan beg dan selepas kejadian itu mereka mula bertukar nombor telefon.

 

“Sampai dekat tempat show memang ada tiga artis saja. Saya, Ina Naim dan kumpulan kebudayaan ghazal. Ina buat persembahan dulu. Tahu tak masa dia nak pergi menyanyi tu dia tanya abang Emi (Suhaimi) boleh tak tolong pegangkan beg Ina?

 

“Saya ni dengan bersongkok nak tolong pegangkan beg tangan… Dah la kau (Ina) bukan bini aku. Saya pula yang kena jaga beg dia.

Suhaimi men!nggal dunia pada Rabu lalu.

 

“Balik dari show itulah baru kami bertukar nombor telefon. Masa tu pakai kad (bisnes kad). Bila dapat nombor telefon Ina Naim rasa teruja seolah-olah dapat nombor Siti Nurhaliza,” katanya.

Rabu lalu, Suhaimi men!nggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu sekitar pukul 7.42 malam di sisi isteri dan empat anak mereka.

 

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 4 November lalu sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

 

Untuk rekod, Suhaimi dan Ina melangsungkan perkahwinan pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadqah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*