Guna muka untuk iklan pelaburan haram, Nabil Ahmad ambil tindakan tegas

Kebanyakan iklan di media sosial menggunakan gambar artis untuk mempromosi barangan mereka walaupun tanpa izin dilihat semakin menjadi-jadi.

Terbaru, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad pula mengambil tindakan undang-undang selepas mukanya digunakan untuk iklan pelaburan haram

Imej tersebut jelas telah menjejaskan nama dan juga kerjaya yang di bina selama ini, apatah lagi dia kini lebih selesa dengan imej islamik.

 

Nabil memaklumkan ini bukanlah kali pertama ia berlaku kepadanya malah sudah banyak kali membuat video penjelasan.

“Penggunaan imej dan wajah saya untuk sebuah artikel yang mengajak orang untuk buat pelaburan.

“Nak beritahu ini adalah satu scam sedang berlaku sekarang ni dan saya sudah membuat laporan polis kerana menjejaskan nama dan kerjaya saya,” ujar Nabil di Instagram.

Tidak hanya itu, Nabil juga bakal membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membersihkan namanya.

“Laporan sudah dibuat untuk membersihkan nama saya dan lepas ini saya akan ke SKMM untuk tindakan selanjutnya. Harap maklum semua, ini adalah scam,” tambahnya.

https://www.instagram.com/reel/Cz2suguB7YG/?utm_source=ig_embed&ig_rid=f86f5e29-eeba-451e-a623-92063de1f06e

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber: instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*