Teringin nak makan sihat? Ini resipi peanut butter tanpa pengawet, garam, boleh tahan 3 minggu!

Bagi mereka mengamalkan gaya pemakanan sihat mesti risau beli makanan dah siap sebab kadangkala kandungan garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Kali ini resipi yang dikongsikan adalah untuk peminat mentega kacang atau peanut butter, makan dengan roti bakar mesti sedap!

Resipi ini dikongsikan Aida Razalli menerusi halaman Facebook, ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi Peanut Butter sihat Homemade

Resipi ini adalah tanpa bahan pengawet atau garam. Kalau anda penggemar makanan sihat atau sedang diet anda boleh cuba resipi peanut butter homemade ni.

Biasanya peanut butter sihat ni harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pun tak susah so boleh cuba.

Resipi ni untuk menghasilkan 300 gram peanut butter.

Bahan bahan:

  • 500 grm kacang. Guna kacang shandong rasa lebih sedap.
  • 1 sudu minyak sayuran
  • 1 sudu madu (optional untuk rasa manis)

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180°c.
  2. Bakar kacang tadi pada suhu 180°c selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.
  3. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya Pastikan kacang bakar tadi bersih dari kulit sebelum dikisar.
  4. Kacang yang telah dibakar tadi masukkan ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak masak dan juga madu.
  5. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda.
  6. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki maka peanut butter anda telah siap.
  7. Masukkan peanut butter yang telah siap dalam jar dan simpan dalam peti sejuk.

Jika anda mahukan peanut butter yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian campurkan ke dalam peanut butter halus tadi.

Peanut butter tanpa pengawet ni boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.

Kalau yang sedang diet peanut butter ni sedap dimakan dengan roti gandum penuh.
Juga bagus untuk dihidangkan buat anak anak.

Selamat mencuba!

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber: instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*