Bagi yang suka masak guna sotong kering, mesti tahu betapa lamanya masa nak ambil untuk lembutkannya, kadang-kadang sampai satu malam.
Mesti banyak kali fikir kalau nak masak sotong kering, rupanya dah ada cara senang untuk sotong kering ini.
Tips ini dikongsikan menerusi halaman Facebook ‘Resepi Pembuka Selera’.
Cara lembutkan sotong kering dengan cepat
Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama satu hingga dua jam.
Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.
Petua 2
Jemur kulit durian sehingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk.
Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Seterusnya bersihkan sotong dan bilas dengan air.
Terus boleh dimasak.
Petua 3
Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut.
Apabila sudah lembut, boleh tos dan bersihkan sotong.
Kemudian boleh terus boleh digunakan untuk memasak juadah yang disukai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: facebook
Leave a Reply