“Seratus Peratus Untuk Motivasi..” – Makcik Kemboja Dan Anak Mohon Maaf Secara Terbuka, Akui Khilaf Dalam Berbicara

Terkini, usahawan sensasi yang dikenali sebegai Makcik Kemboja telah tampil bersama anaknya dengan permohonan maaf secara terbuka melalui sidang media yang diadakan di Mariyah Holdings, Johor pada hari isnin. Ini kerana ushawan ini sempat menggelar bangsa Melayu sebagai bangsa yang pemalas di salah satu videonya.

Kata Mariyah dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina disebaliknya ingin memberi dorongan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk berkerja keras dan berjaya. Mariyah berkata dia memohon maaf atas kesilapan yang dibuatnya kepada semua rakyat Malaysia dan warga-warga Kemboja yang mungkin terkena tempiasnya.

Saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya, Mariyah binti Yaakob dan pada pihak syarikat juga.

Saya nak memohon maaf  atas kekhilafan saya dan keterlanjuran kata-kata saya.

Sejujurnya, tidak ada terdetik pun nak menghina mana-mana bangsa. Seratus peratus untuk motivasi.

Pada masa yang sama, Mariyah juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu berkenaan pekerjanya yang mendakwa tidak dibayar caruman serta komisen kerja. Dia berkata hal tersebut boleh diajukan kepada JTK (Jabatan Tenaga Kerja) jika benar tidak dibayar.

Tambahnya, dia mengambil kisahnya itu sebegai satu pengajaran kepada dirinya dan berharap agar orang ramai dapat memaafkan kesilapan mereka. Mariyah juga berterima kasih kepada mereka yang masih sanggup menyokongnya dalam bisnes.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber: instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*