Mawi Biasakan Diri Mohon Maaf Kepada Isteri Sebelum Tidur Meskipun Tidak Buat Salah, Itu Cara Hargai!

Suami isteri haruslah memastikan tempat tidur mereka menjadi tempat yang menenangkan untuk mereka melepaskan lelah dan menghabiskan waktu malam bersama.

Bilik tidur haruslah menjadi tempat yang menenangkan untuk suami isteri melepaskan lelah dan menghabiskan waktu malam bersama.

Sebelum berhasrat untuk tidur, sebaiknya usahakan untuk mencipta suasana bahagia dan romantis bersama pasangan.

Sebelum lelapkan mata mohon maaf kepada suami. Mungkin hari ini buatkan suami terasa hati. Mungkin hari ini burukkan suami kepada orang lain.

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi, mendedahkan, sudah menjadi kebiasaannya untuk memohon maaf kepada isterinya, Ekin, pada setiap malam sebelum tidur walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurut Mawi, atau Asmawi Ani, 42, itu adalah caranya menghargai kehadiran isteri, Nora’ Asikin Rahmat, yang setia bersama dan menjaganya walaupun pernah menghidap sakit misteri beberapa tahun lalu.

Mengimbau kembali detik sukar pada 2013, Mawi menjelaskan keadaan dirinya sangat teruk apabila dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatan menyebabkannya menyepi dari industri seni selama lima tahun.

“Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.

“Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.

“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.

Menurut penyanyi Aduh Saliha itu lagi, walaupun kenangan sakit misteri itu pahit ditelan namun ia menjadi hikmat besar yang menguatkan cintanya kepada isteri.

“Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.

“Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.

“Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,” tambahnya.

Untuk rekod, Mawi dan Ekin sah menjadi suami isteri pada 20 Disember 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Cahaya Malaika, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Writing by :Editor sheeba

Sumber: instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*