Penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini dibebaskan Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan kes dadah.
Yasin bagaimanapun diarahkan untuk ditempatkan dan dirawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Hakim, Faiz Dziyauddin mengadahkan perkara itu selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor.
Sebelum ini, Yasin diarahkan membela diri atas tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes.
Pihak pembelaan kemudian menutup kes selepas saksi mereka, Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony selesai memberikan keterangan.
Sama-sama kita doakan agar Yasin kembali sembuh seperti orang biasa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : instagram
Leave a Reply