[VIDEO] Anak Betty Rahmad Pertama Kali Laung Azan, Netizen Terharu!-“MasyaAllah Anak Soleh…”

Sebelum ini, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sering berkongsi setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak lelaki tunggalnya, Ardy Wira di laman sosial.

Ardy Wira Pertama Kali Laung Azan

Terkini, Betty menerusi hantaran di Instagram, dilihat berkongsi momen Ardy Wira yang pertama kali melaungkan azan biarpun usianya hanya empat tahun 10 bulan.

“MasyaAllah Tabarakallah. Segala puji bagi Allah SWT. Wira’s first azan. #ardywira #4tahun10 bulan.”-kongsi Betty di Instagram

 

“Beruntung Mommy & Daddy Dikurniakan Anak Soleh…”

Perkongsian Betty telah mencetuskan rasa terharu di kalangan netizen serta rakan selebriti melihat kelancaran Ardy Wira dalam melaungkan azan, malah ramai yang menitipkan doa buat anak lelaki kepada Betty dan Ardy Damis agar dapat menjadi anak yang soleh .

“MasyaAllah anak soleh ❤️.”-Fazura

“aywaaaaaa👏👏👏 Barakallahu fik! future bilal masjidil haraam.”-Alif Satar

“MasyaAllah… anak soleh ❤️.”-Datin Paduka Umie Aida

“Masha Allah, asbab Daddy dia banyak korban utk agama, Allah bagi faham kat anak ❤️.”

“Beruntunglah mommy dan daddy dikurniakan anak soleh . Tahniah buat keduanya kerana berjaya mendidik Wira dgn asas agama dan sahsiah yg baik.”

“Allahu Akbar…bijak anak nie…dah tahu bgmana didikan ibu ayahnya…tentulah agama yg diberatkan….”

“Well done Wira, mommy & daddy, semoga menjadi nak yang soleh 😍.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*