Pada masa kini isu-isu berkaitan dengan penceraiaan sering terdengar di halwa telinga masyarkat di malaysia tidak kira artis influncer mahupon orang biasa,kes penceraian ini seakan menjadi trend terkini ,jika tidak terjadinya kerana orng ketiga pastinya kerana tiada sefahaman itu yang selalunya menjadi jawaban jika di tanyakan soalan kepada mereka.
Terbaru begitulah juga yang terjadi dengan rumahtangga anak kepada dato ismail sabri bak kata pepatah tiada angin tanpa badai,pereka terkenal Datuk Jovian Mandagie mendendahkan beliau telah bercerai dengan isterninya Nina Sabrina Ismail Sabri,selepas 10 tahun mendirikan rumahtangga .
Jovian berkata,dia dan Nina suda bercerai sejak ogos lalu dan dan kini selesa berkawan.
Sesetengah perkahwinan adalah istimewa dan di buat untuk kekal seumur hidup tetapi perkahwinan kami istimewa kerana ia telah berkembang menjadi persahabatan yang akan kekal seumur hidup.
Ogos lalu kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan selama 10 tahun kami atas apa yang kami percaya adalah tujuan terbaik.
Memaklumkan menerusi Instagram (IG) lebih kurang sejam lalu, Jovian berkata, dia dan Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berpisah secara baik.
“Kami dapati sebagai sahabat dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta berbeza yang harus dihargai.
“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, jadi kami sudah lakukan yang baik. Alhamdulillah.
“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.
“Selepas beberapa dekad, anda menjadi sebahagian draipada perjalanan kami, kami sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” tulisnya.
Jovian yang akan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember itu turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif dari pengikutnya di laman sosial, justeru merasakan berita itu perlu dikongsikan.
“Semalam, kami adakan sesi secara langsung di TikTok dan kami tersentuh dengan komen mengenai rumah tangga kami.
“Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.
“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan di media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.
“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad.
“Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” katanya.
Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 11 Disember 2013.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Tiktok
Leave a Reply